Monday, September 12, 2011

Dari Kedah ke Johor

Isnin ni adik aku akan mula kelas. Dia pelajar UTM Skudai dan hari Khamis kami masih lagi di Kedah. Aku sepatutnya teman dia naik bas ke Johor dari Sungai Petani tapi memandangkan musim perayaan, tiket bas habis.
Penyelesaian sekarang, kebetulan kakak aku ada di Kg. Gajah, Perak, kami naik bas dari SP ke Teluk Intan dan kakak akan hantar ke JB. Itulah yang berlaku. Hari Khamis petang ke Teluk Intan, bermalam sekejap di hotel berdekatan, kami cuba Fresh Hotel sebab masih baru.. (suka hotel baru)..
Esoknya, Hari Jumaat lepas lunch, bertolak dengan kereta kakak yang baru diisi penuh minyak ke Johor Bahru. Sampai petang, kami bershopping smpai malam dan dinner sekali. Sabtu aku ada appointment dengan Adeline, petangnye pergi pasar malam dan Ahad bertolak balik ke Teluk Intan.
Lepas lunch masakan sendiri, adik aku bertolak ke UTM yang 10 minit jaraknya dari rumah dan aku bersama kakak bertolak ke utara.
Sampai di Teluk Intan lebih kurang jam 7 sebab sesak antara Seremban dan Nilai akibat kemalangan. Check in di Fresh Hotel lagi untuk satu malam. Isnin aku bergerak balik dengan bas Transnasional dari Teluk Intan ke Sungai Petani, pukul 8pagi.
Sampai di SP kul 12pm, ingat nk balik sndiri dengan bas atau teksi tapi abah nak ambik aku juga, jadi dengan abahlah aku selamat sampai ke rumah. Penatnya badan baru terasa bila dok kat rumah, sepanjang 2-3 hari ni asyik berseronok je tak hirau masa.

Friday, January 14, 2011

Aku pasti ini ujian Allah

Assalamualaikum. Dah lama tak jengah blog aku sendiri. Banyak juga perkara yang bermain di fikiran. Namun, aku rasa aku sedikit berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Bukan aku tidak baik sebelum ini, cuma ada sedikit riak dan sombong dalam hati kecil walaupun di bibir aku mengaku sebaliknya. Astagfirullahahadzim....

Aku gembira sangat dengan apa yang aku ada, ya, aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi tapi aku tak sedar kalau-kalau aku tiada semua itu apa pula sikap aku. Sekarang, aku tiada pekerjaan. Aku berusaha mencari dan sangat-sangat mahukannya.

Dulu, apa yang aku dapat, kerja, duit, keseronokan, semua itu tak perlu aku minta, ia ada saja di mana-mana. Mungkin sebab itulah, aku agak leka dan tidak mengambil berat akan hal sekeliling. Aku manusia dan hamba Allah yang tidak baik.

Ijazah yang aku peroleh juga tidak aku usaha betul-betul, pekerjaan-pekerjaan sebelum ini juga aku hargai ala kadar, kawan-kawan baik di sekeliling aku layan biasa-biasa saja. Boleh dikatakan aku tak pernah meminta sesuatu itu bersungguh-sungguh. Hidup aku dulu sangat mudah.

Kini, aku sudah ada matlamat hidup yang sangat jelas. Aku mahu pekerjaan yang akan aku jaga elok-elok, aku mahu kahwin dan mempunyai keluarga sendiri yang bahagia, aku mahu membayar hutang PTPTN dan menyimpan sedikit duit untuk menunaikan haji. Aku perlu bermula dengan mendapat pekerjaan. Aku merayu pada Allah setiap hari dalam sujud dan doaku agar mana-mana juga pekerjaan yang bersesuaian menjadi milikku secepat mungkin.

Aku sedar ini adalah ujian daripada Allah untuk hamba-Nya ini. Aku hampir mahu mengangis mengenangkan nasib aku, ya, aku tahu tiada pekerjaan bukanlah seburuk-buruk nasib yang menimpa namun hati aku rasa sakit dan sedih. Aku seolah belum pernah merasa kesakitan ini.

Apa yang pasti, aku boleh tanggung beban ini. Ujian Allah hanya pada hamba-Nya yang mampu menanggung musibah yang diberi. Semoga Allah perkenan doa-doaku. Amiin.

Thursday, October 28, 2010

Ada kereta jatuh menggelongsor

Salam sejahtera semua.
Aku sekarang ni sedang jalani praktikal di UTM di bangunan SUB. Kalau sesiapa pernah belajar atau datang ke UTM mungkin tau la kawasan tu memang berbukit-bukit. Parking lot kat situ memang berbukit dan agak curam.

Masa aku mencari-cari tempat nk park kereta (aku tumpang kereta kwn aku), ada seorang staf UTM baru keluar kereta. Aku memang buat tak kisah sebab itu perkara biasa la. Lepas kami dapat parked, kami pun berjalan menuju ke pejabat. Tiba-tiba terdengar macam ada kereta terlanggar sesuatu.

Kami pun tengokla, rupa-rupanya kereta tadi, Proton Saga biru CCE 8999 menggelongsor jatuh ke bawah bukit. Nasib baik dua buah bas yang lalu di jalan bawah bukit tu slow dan berhenti bila nampak kereta tu dari atas lagi.

Fuh, aku dan kawan aku saksi kejadian tu!! Dari mula kereta tu bergerak dari tempat parking sehinggalah ke bawah bukit. Wow, menarik kan!!

Itu je laporan aku untuk hari ni..Hehe

Saturday, September 4, 2010

aku report polis pasal budak2 main mercun

dah banyak hari budak-budak tu main mercun kat depan rumah aku. mercun tu tak taula dibuat daripada apa tapi bunyinya macam boleh letupkan satu kampung, bayangkanlah apa aku rasa bila bunyi tu betul-betul depan rumah aku. bukan saja bergegar satu rumah, tapi kucing-kucing dan burung-burung yang selalu lepak kat rumah aku lari terkejut.

aku dah hilang ketenteraman dan keamanan aku duduk kat rumah ni. bunyi yang kuat tu bukan saja boleh pekakkan telinga aku tapi bahayakan orang lain jugak. budak-budak tu dahla semuanya kecik-kecik lagi mungkin dalam lingkungan 10-15 tahun je. mungkin dah lebih dua minggu aku tahan ja telinga dan jantung aku. aku bukannya yang jenis mudah terkejut tapi jantung aku harapnya boleh tahan dengan tekanan ni.

hari ini, aku ambil keputusan nak report polis. bolehkah? bolehkah lapor kepada polis perkara ini? pasal ketenteraman aku diganggu? aku cari di internet cara lapor sebab ini adalah first time aku report polis dan aku cuba secara online. aku cuba rakan cop. dalam tak sampai 30min aku nampak ada polis lalu depan rumah aku, wahh, cepat!! tapi masa tu budak-budak tak letupkan pulak mercun diorang. Sebaik polis hilang, diorang mula main balik. urgh!!

aku tak harapkan apa-apa berlaku kat budak-budak tu sebab mungkin diorang tak sedar kesan-kesan dan akibat perbuatan diorang tu. mungkin diorang hanya pikir akibat main mercun cuma sekadar bahaya terkena bahan letupan tapi hakikatnya padah main mercun lebih jauh dari tu. Aku cuma berdoa agar diorang diberi petunjuk supaya berhenti main mercun yang sangat kuat bunyinya tu. main sikit-sikit sudahlah!! then, pergi main kat rumah korang!!

Tuesday, August 24, 2010

Come together and join this..

We’re on a mission to represent the youth of Malaysia.
I need your help.

go to this page and join http://malaysia.youthsays.com/sitizu/invite

Wednesday, August 18, 2010

Kaklong kena rompak!!

Assalamualaikum

Aku terkejut bila mak bagitau yang rumah sewa kaklong dirompak. Sebelum kaklong dan housemate, dengan dua orang lagi bersama sorang baby, bangun sahur. Apa yang kaklong cite, masa dia keluar bilik tu, dia perasan lampu depan tak menyala, biasanya cerah dan lampu tu memang buka tiap malam. Tiba-tiba ada orang minta rantai emas yang kaklong pakai, ribuan ringgit tu, dan geledah bilik kaklong.

Kaklong orang terakhir yang perompak bertopeng tu cari sebab bilik Kaklong berkunci masa tidur, dua orang kawan lagi habis kena rampas laptop, wang tunai, handphones, sebuah kereta Myvi kena ambik, mungkin dia sorang kot, jadi satu je yang dia leh ambik, kereta Pesona dan Vios selamat.

Kaklong antara yang paling sedikit kena rompak barangnya. Hanya RM40, handphone dan rantai emas tu jela, laptop kaklong disimpan kemas dalam drawer. perompak tu tanya mana laptop kaklong tapi kaklong kata kawan pinjam. dompet kaklong dia ambik dan dia selak-selak untuk tengok apa lai barang berharga tapi dia cuma ambik wang tunai je. handphone kaklong kena ambik tapi kaklong masih berani mintak simcard supaya mudah nak hubungi keluarga, katanya. berani juga kaklong.

Nasib baik bilik kaklong tak digeledahnya macam bilik-bilik lain, kalau tidak mesti jumpa laptop tu dan benda-benda berharga lain lagi. Mungkin sisipan doa yang Mak abah bagi kami tu berkesan. Dompet kaklong tak diambil sebab ada doa tu di dalamnya, tak macam housemate nya, beg dompet semua diambil. Doa tu memang digunakan untuk memelihara harta benda, agar rumah tidak dimasuki orang yang tak diingini, agar beg tak dicilok, doa tu buatkan orang lain tak rasa nak ambik atau buka beg tu atau nak masuk ceroboh rumah tu.

Walau apapun, langkah berjaga-jaga masih perlu dititkberatkan, jangan nak main berserah pada Allah je tanpa usahanya. Diorang dah buat laporan polis dan terus berpindah keesokan harinya. Kaklong rasa kesal sebab rantai emas tu mahal harganya dan ia adalah warisan yang diperturun kepadanya. Namun begitu, dia bersyukur kerana tidak diapa-apakan walaupun pisau yang diacukan kepadanya hampir-hampir dan benar-benar akan digunakan oleh perompak tu untuk melukakan mereka.

Yang masih menjadi persoalan, bagaimana kunci pada gril dan pintu belakang itu dibuka tanpa sesiapa sedar. Kaklong yang tidur di bilik paling belakang dan paling dekat dengan pintu tu tidak mendengar apa-apa. Khabarnya, perompak itu praktikkan ilmu pukau atau sesuatu yang macam tu yang buatkan diorang tak dengar.

Aku tau cerita ni bukan straight dari Kaklong tapi daripada mak. Patutlah petang tu kaklong telefon aku agar kunci semua pintu dan gril, takde pula aku tanya sebab apa tapi macam biasa la, aku memang kunci semua pintu sebab aku dok sorang-sorang dalam rumah.

Insiden macam tu memang berlaku dan boleh terjadi pada siapa-siapa saja. Tak tahulah semangat kaklong macam mana skang ni tapi disebabkan dia tak berseorangan mengalaminya, aku pasti diorang akan sama-sama harunginya.

Allahuakbar!! Maha Suci Allah!! Assalam.

Tuesday, August 10, 2010

Esok Puasa

Bersemangat ni!!

Selamat berpuasa semua muslimin dan muslimah. Doakan yang terbaik untuk mak abah, keluarga dan semua umat islam.

Nak sahur apa ya? Em, dah dok sorang-sorang ni takdela nak stress sangat apa nak makan. Plan kasar nak buat sambal petai udang, wahhh..sedap. Sayur, em...masak je apa yang ada dalam peti ais. Tapi still menu utama sambal petai udang.....

Selamat datang Ramadhan. Semoga hati ini lebih tetap di jalan Allah dan sentiasa mengingati Allah.

Semoga kita semua dapat menunaikan rukun islam ini dengan sempurna, InsyaAllah.
Assalamualikum.